Isnin, 23 April 2012

PENYUSUAN DI BULAN PUASA

PUASA OH PUASA, seronoknye Bulan Puasa, lagi seronok bila ibu yang breastfeed anak dapat perform sama seperti bulan-bulan yang kita tak puasa...perform ape? performance susu ibula..hehe ape lagi..you alls mesti risau kan??? risau susu berkurangan time bulan puasa nanti...memang susu boleh berkurangan time bulan puasa walaupun sesi perahan kita konsisten...bertambah risau kan??tak payah risau2, saya yakin you alls memang boleh lakukan..yeahh.. lakukan demi anak tercinta kita. Ini sedikit tips saya nak kongsikan dengan anda..

Minum Air 
Minum 3L air masak/kosong. sebaiknya elakkan pengambilan ais. ais boleh kurangkan susu kita. Lepas buka puasa/iftar kita pulunla minum 3L. janganla minum sekaligus ye yang, minum sedikit demi sedikit, sampai waktu imsak nnt..kita ade lebih kurang 11 jam di antara waktu buka puasa dengan imsak, so manfaatkan dengan minum air masak. sediakan botol air supaya senang kita monitor berapa banyak air yang kita dah ambil. Lepas menyusu atau ke toilet, minum segelas, lepas baca Quran, minum lagi, penat2 bakar kuih, minum lagi, camtula, tengok2 dah 3L..senang kan? saya ni jenis tak suka minum air masak, sejak BF ni saya terpaksa..hehe..saya akan minum 3L sehari, kadang2 terlebih. selagi saya tak cukupkan 3L tu, saya tak kan minum air perasa. kadang2 satu hari tak minum air perasa sebab tak abes minum 3L air masak. bulan puasa kan memang teruja nak beli macam2 jenis air, nak-nak plak cuaca panas, memang sedap minum ais2 ni, hmm..jaga2 ye, bleh minum tp berpada-pada la, badan sendiri, sendiri rasa. kalau saya, ais2 ni buat saya sakit urat..hehe, malu nak cakap tapi tula hakikatnya..ala, tak rugi pun tak minum, betul tak?? 

Lagi satu, untuk elakkan diri kita dehydrate, saya akan minum PERFORMANCE DRINK (PD). Minuman untuk kita sentiasa bertenaga dan tidak dehydrate walaupun kerap mengepam. Teruskan mengepam macam biasa walaupun kita puasa. Pasang niat dan jangan putus asa. Make sure water intake mencukupi 3L sehari. Insyaallah Allah akan bantu dalam merealisasikan niat murni kita.  

In short, anda kena komited dengan 3 perkara ni sepanjang penyusuan di bulan puasa:

1) Minur air yg secukupnya iaitu 3L sehari.
Minum sedikit demi sedikit ye sampai 3L. Dont stress yourself. enjoy drinking plain water ok..smile always, jangan merungut.

2) Konsisten dengan sesi perahan anda sekurang-kurangnya 3 Jam sekali sehari.
Walaupun Breast tak bengkak, tetap perah untuk stimulate susu supaya susu terus terhasil. Jangan fokus kepada amount yg kita dpt. walaupun sikit, teruskan mengepam ikut jadual. Untuk mempercepatkan penghasilan susu, minum segelas ESP + PD dan ambil 2 biji Alfalfa time sahur td, insyaallah Breast kita akan cepat menghasilkan susu.

3) Doa yang berterusan
Org Islam ni, kekuatan kita adalah dengan doa. Minta lah pada Allah. Doa dan Yakin dengan Allah yang Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Jangan buruk sangka dengan Allah kalau doa kita belum dimakbulkan. Selalu solat Hajat untuk memudahkan urusan kita sepanjang bulan puasa ni.

Kepada yang amalkan supplement Shaklee, Shaklee dah banyak membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan di bulan Puasa. Menyusu di bulan puasa ni sesuatu yang mencabar, silap-silap langkah, kita terpaksa topup dengan Formula Milk nanti, bukan nak menakutkan, tapi itu hakikat. So, kena usaha, usaha tangga kejayaan. jom saya share timetable ESP dengan PD time puasa:

Waktu sahur:



Selepas makan nasi atau apa jua hidangan anda, 


minum minuman ESP + PD ( Perfect combination).
Waktu Berbuka:



Berbuka macam biasa, makan makanan kegemaran 


anda dan disertai dengan ESP + PD.
Sebelum tidur:



Amalkan minum segelas ESP.


Jadual ni untuk ESP + PD je. kalau anda consume set yang mempunyai vitamin-vitamin lain, sila PM saya untuk tau cara makan yang betul. Alfalfa dan kalsium sangat membantu meningkatkan kuantiti susu ibu disamping vitamin-vitamin lain yang membantu agar ibu sentiasa cergas dan tak lesu sepanjang bulan puasa.



Semoga dengan kehadiran bulan puasa ni menambahkan semangat anda untuk terus berjuang demi anak tercinta. Oh ye, jangan lupa makan kurma, bukan bulan puasa je, bulan-bulan lain pun kita digalakkan makan kurma, makanan sunnah tu, dapat pahala disamping ia mengekalkan kesihatan yang baik. Kurma terbukti berjaya meningkatkan kuantiti susu ibu.. 

ok setakat ini dulu ye, apa2 query boleh terus PM saya di FB ataupun komen anda di sini.

SELAMAT BERPUASA



Sabtu, 14 April 2012

DOA AMALAN SAYA TIME MENGANDUNG

Assalamualaikum...hai, apa kabar pengunjung-pengunjung Amni~Haziq. Semoga u all sihat-sihat selalu disamping menjaga pemakanan, exercise, dan sentiasa berdoa agar dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan hidup untuk beramal ibadat kepada Allah, Robbul Jalil.  Alhamdulillah..syukur kepada Allah dengan apa yang saya ada pada hari ini, suami tercinta, anak-anak, keluarga saya dan keluarga mertua saya dan sahabat2 saya, tak lupa jyga untuk customer2 yg saya sayang selalu..

Harini saya nak share salah satu doa yang saya tak pernah tinggal dr mula-mula saya dapat tau saya mengandung samapila melahirkan price dan princess saya ni..saya akan baca doa ni setiap hari disamping doa2 lain. Doa ni special buat saya..saya akan baca dengan sepenuh hati saya dan fokus sebab saya dah hafal makna dia..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Saya amalkan doa ni mulanya sebab saya takut nak bersalin..ini time anak sulung saya la, Haziq, memang takut sangat tapi apa nak buat, yg kat dlm perut ni kena gak keluarkan dia bila sampai masa nanti..bila saya tengok balik,memang keseluruhan doa ni sangat menyentuh hati saya, yela lagi-lagi doa supaya tetapkan iman, akhlak yg baik, fasihkan lidahnya utk baca Quran dan Hadis, sebab tu saya obses sangat dan baca hari-hari.

Setakat ni, kesan yang saya dapat daripada amalan saya semasa ngandung dulu, dengan izin Allah, anak saya haziq sekarang dah 2 tahun 3 bulan suka kepada ayat-ayat suci dan boleh ikut saya baca Fatihah, azan, ayat kursi dan banyak zikir-zikir saya dah ajar. Tapi dia baca cara tahap umo dia la.pelat2 skit.Amni kecik lagi, baru 7 bulan, tapi dia dah mula tunjuk minat dengar azan..syukur sangat.

Kalau bersalin, memang saya ni kategori yang mudah bersalin, tak lama dalam labour room tu. Alhamdulillah, rasa sakit lps tu terus bersalin saya amalkan doa ni dengan makan kurma dan makanan sunnah yang lain contohnya saya makan delima, kismis, badam, madu, banyak lagi la. tapi delima susah nak dapat. kalau ada jual kt pasar mlm saya terus rembat 3,4 biji. kurma memang utk melancarkan kelahiran, saya tak minum air selusuh pun untuk Amni, anak kedua saya. Haziq dulu minum dalam labour room sebab mak baru sampai dari kampung time tengah sakit dlm labour room..org kata the right time minum air selusuh tu time kita duk tengah sakit nak bersalin..tak tau la, org kata, bkn saya kata..heheh..

Doa lah selalu untuk anak2 kita mudah-mudahan Allah perkenankan. Doalah yang baik2 supaya dia menjadi seperti apa yang kita minta..jangan berhenti berharap (cam tajuk lagu je), jgn putus asa, semoga ibu-ibu mengandung dapat amalkan doa yang saya share di blog saya ni, semoga bermanfaat buat semua ye!!

Salam Sayang 





Rabu, 11 April 2012

ALFALFA NI BOLEH BANYAKKAN SUSU YE? KALAU CAMTU SAYA NAK ORDER ALFALFA SAJA LA, VITAMIN-VITAMIN LAIN SAYA TAK NAK

Alhamdulillah, seronok saya bila tengok perkembangan ibu-ibu di Malaysia yang dah mula berusaha menyusukan anak sendiri walaupun berkerjaya..cuma segelintir saja yang masih tak punya kesedaran tentang kepentingan susu ibu kepada bayi mereka..zaman dulu-dulu, zaman nenek atau mak-mak kita, diorang memang pro breastfeeding. sebabnya mak-mak kita ni kebanyakannya suri rumah. so anak anak menepek je kat mak bila lapar.tak payah susah2 basuh botol susu...ayah kita pun tak banyak keluar perbelanjaan rumah, tak payah beli susu, tak payah hantar ke nursery..

Hmmmm...teringat kat mak saya kat kampung..kami ada 6 orang adik beradik, semua BF, kecuali kakak saya yang no.3, lepas pantang je dah tak BF sbb mak kata susu mak dah kurang..sedihla, apa yang buat saya sedih tu mak saya dah terpaksa cabut semua gigi dia sebab makin hari makin rosak, pecah2 (serpih), sakit plak tu.skarang, bila anak2 sume dah besar. mak sakit-sakit badan, sakit lutut, tumit merekah, macam-macam lagi la..kesian mak, bagi kami yang terbaik tapi mak yang suffer. semoga allah beri mak yang terbaik juga di dunia dan di akhirat nanti 

Baru saya tau sekarang kenapa mak jadi camtu..sebab mak-mak kita dulu mana ada ambil supplement...Mak saya dulu siap tak makan ubat yang doktor bagi time mengandung sebab mak kata takut anak nanti keluar besar-besar, tak larat nak teran..itu kefahaman mak saya, tapi saya faham, orang dulu-dulu mana ada internet, tv pun mana ada info-info kesihatan sangat, buku pun tak baca sangat, yela mana ada masa, anak-anak ramai.kalau ada buku pun, baru bukak sehelai muka surat, dah menguap agaknya..tapi zaman kita sekarang dah jauh berubah. sebab tu tak tau, takde kesedaran tentang pentingnya kesihatan ni..

Sejak saya kenal Shaklee, sejak itula saya faham fungsi vitamin untuk badan kita.lagi lagi sebab saya BF..saya takut segala nutrien yg saya ada diserap oleh baby saya. kalau saya tak sihat nanti, satu family susah..yela, org pompuan kan multitasking, semua benda boleh buat. kalau saya sakit, risau nanti keadaan anak2, suami, huhu..ummi love you all. lagi satu, vitamin Shaklee ni adalah di antara vitamin yang terbaik yang pernah saya makan, saya tak ragu2 sebab ia halal, dari sumber semulajadi, sebab tu saya yakin sangat.

dah panjang sangat saya membebel..tajuk entry saya pasal alfalfa ye..ok back to alfalfa..

Yup, memang betul, alfalfa berfungsi untuk menambahkan kuantiti susu ibu. Saya pun akui, kalau lepas saya ambik alfalfa, kejap lagi mula la B saya mulala membengkak. tapi saya susuli dengan pengambilan air masak yang banyak lepas tu. makan vitamin ni kena minum banyak air ye..baru vitamin dapat diserap dengan sempurna. kalau mkn vitamin tapi malas minum air, jangan plak salahkan vitamin tu kalau dia tak berkesan.



Ada yang tanya saya, kalau saya beli alfalfa saja leh x? saya tak nak vitamin2 lain tu..???

ini jawapan yang saya reply: alfalfa memang sebagai MILK BOOSTER. dia berperanan membantu badan kita menghasilkan susu dengan lebih cepat. anda akan rasa B akan cepat bengkak nak-nak bila minum air 3L sehari disamping sesi perahan di ofis yang kerap iaitu setiap 2-3 jam sekali. TAPI, sampai satu tahap anda akan rasa letih, penat lepastu mula la datang sifat moody, malas nak layan kerenah anak2 bila balik keje, nak plak husband pun moody sebab dia pun penat jugak..hmm tau-tau jela apa akan jadi lps tu, korang sambung sendiri cerita ni ok..hikhikhik, ikut kreativiti masing-masing..



ni semua terjadi sebab anda hanya fokus pada supplement yang membanyakkan susu semata-mata, so badan akan dipaksa untuk menghasilkan susu je tanpa mengira keadaan si ibu. bila penat, agak2 anda nak perah susu lama-lama tak sampai B dikosongkan sepenuhnya?? dah tentu tak kan???..bila B tak dikosongkan sepenuhnya, macam mana nak dapat hasil yang banyak setiap sesi sebab konsep asas penyusuan tak betul...Adoiiii..kan susah tu... ingat.. vitamin ni hanya berfungsi sebagai nilai tambah.konsep asas dalam BF kena betul ok.bare in mind ye..

TAPI, kalau kita ambil vitamin yang lengkap, maka keperluan tubuh kita akan sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Vitamin ni sebenarnya umpama minyak pelincir. kalau sesebuah kereta itu dijaga, tuan dia akan tukar minyak hitam, service bila sampai masa, petrol sentiasa ada, dah tentula keta tersebut dapat berjalan dengan lancar, tak semput. so macamtu la perumpamaannya. kalau anda ambil vitamin dengan lengkap, anda akan dapati badan sihat, mood happy selalu, bersemangat dan bertenaga, barula boleh konsisten dengan sesi perahan, insyaallah susu ibu akan terhasil dengan baik dengan bantuan alfalfa tadi..


ini set basic yang anda perlu ambil untuk Breastfeeding Set:
1) Vita Lea (Multivitamin)
2) B Complex
3) Vita C

okla, semoga anda selalu dilindungi oleh-Nya sepanjang hayat dan dapat menyusukan anak-anak comel anda sehingga 2 tahun dan dapat menempuhi cabaran juga cubaan sepanjang tempoh itu..insyaallah










Isnin, 9 April 2012

APA FUNGSI VITAMIN-VITAMIN NI DALAM BREASTFEEDING SET NI??? YG PASTI IA BUKAN SEKADAR SET PENYUSUAN TETAPI LEBIH PADA TU..:)))

Salam Sayang kepada pengunjung Amni~Haziq..

Ramai orang cakap Shaklee ni terkenal dengan breastfeeding setnya..kalau sebut saja Shaklee, semua org ingat Shaklee ni memang exclusively untuk breastfeeding mom je. no..no..no.., ia memang merangkumi semua aspek kesihatan ye..nak cantik, nak awet muda, nak kurus, nak tambah berat badan, pendek kata semuala..tapi entry kali ni saya fokus untuk breastfeeding set yang org duk selalu sebut-sebut tu..inilah dia..jemput baca

-------------------------------------------

Set ini ialah set B. 


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan B complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.






c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. 

Bagi sesiapa yang mempunyai bajet yang lebih, bolehla add on Energizing Soy Protein ni:

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. Untuk ibu yang breastfeed, saya memang syorkan pengambilan ESP sebab fungsi protein adalah sangat penting. Protein adalah makanan kepada sel-sel dalam badan kita. Apabila sel-sel ni mendapat cukup zat yang diperlukan, barulah sel dalam badan kita akan berfungsi dengan baik dan dapat menyerap nutrien dan mempercepatkan tindakbalas badan kita terhadap vitamin-vitamin asas yang kita ambil kat atas tadi spt Vita Lea, Vita C, B Complex dan Alfalfa.  


ESP turut mengandungi kalsium yang  menyumbang kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang tidak diubah genetiknya. Non GMO ini adalah organism yang geneticnya tidak diubahDiproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :)



Bagi yang mengalami masalah dalam penyusuan, saya syorlan ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Penghasilan susu ibu adalah cepat dan B akan cepat berasa Penuh.



Saya juga menyediakan Set Percubaan set ini untuk 30 hari. ..Boleh PM saya di FB atau call/sms 012-6618052