Sabtu, 15 September 2012

Syukur Ya Allah, akhirnya Athma Haziq dah lega, Tq Dr Nadir.

ASSALAMUALAIKUM...

HAZIQ Muqri ohhh HAZIQ Muqri..ini la anak ummi yg ummi lahirkan, anak sulung saya...banyak dugaan dalam membesarkan Haziq Muqri ni..usia Haziq 1 tahun 1 bulan, Haziq dah diuji dengan Sawan Tarik..demam je mesti kena tarik tu...dipendekkan cerita, bulan 5 tahun ni iaitu pada 23-5-2012 itula kali terakhir saya tengok Haziq kena tarik..tu pun saya tak tengok sebab dia kena kat rumah mak mertua saya time saya g keje...malam tu memang saya dah buat appointment utk jumpe Pusat Rawatan Al Hidayah di Setiawangsa, ala, yg Ashraf Muslim pelakon tu..sejak malam tu sampai la sekarang saya tengah menulis ni Haziq tak demam2. bila takde demam,takdela tarik tu...SYUKUR sangat, saya memang nak rawat Haziq dengan cara rawatan Islam pun sebab ilmu kedoktoran ni tak dpt buat Haziq sembuh..yg ada hanyalah satu pencegahan..doktor kata jgn biarkan demam Haziq terlampau tinggi. masalahnya, suhu 37 darjah celcius pun kena gak. Hampir setahun kami sedih dengan keadaan Haziq dan kami makin buntu sebab teori doktor semua tak leh pakai dan langsung tak sama dengan apa yg Haziq alami...saya ada tanya beberapa ustaz dan melalui pembacaan saya, saya dpt simpulkan yg sawan tarik ni ada kaitan dengan gangguan makhluk halus ni...so cara terbaik dengan bantuan ayat suci al quran je la..syukur alhamdulillah saya dah dipertemukan Allah dgn penawar penyakit Haziq...

ok kisah sawan  tarik Haziq ni tak tau la masih ade lagi ke tak tapi saya yakin penyakit ni dah beransur hilang. mintak2 nnt kalau Haziq demam sekalipun, sawan tarik dah takde..

lepas sawan tarik datang pulak athma...adoii..sekali lagi ummi dan waled diuji oleh Allah...Haziq mula2 batuk biasa je dari bulan 6. tak baik2 sampai bulan 7. nak dekat puasa Haziq dah mula semput..tercungap2...amik nebulizer kat klinik..sampai 9x amik, kitorg ulang alik g klinik 3x sehari pun tak baik. bulan 8, saya tak ingat brp hb. tp dlm diary mmg ade tulis brp hb. time tu awal bulan..Haziq teruk sgt nampak, so kitorang masukkan di ke hosp tawakkal...lps 3 hari ok, sihat. terus boleh balik rumah..cuti tak payah cakapla, semua dah abes. tinggal 2,3 hari je lg.

lps raya Haziq jadi balik, jadi kt kg time tu..saya mmg  tak paham kenapa jd balik athma dia??? masuk lg hospital..mujur time tu tgh cuti raya...masuk jumaat, ahad kuar..TAPI kali ni Haziq takde perubahan langsung, sama je..lagila saya risau..lpstu kami  decide pergi ke klinik wangsa kt wangsa maju..sbb saya tengok kt blog2 org ni yg anak dorg dah lega sejak dpt rawatan kt situ...suka sy nak mention nama doktor tu, Dr Nadir Khan...

teori Dr Nadir ni mmg lain, dia tak setuju ubat batuk kita bagi kat kanak2 bwh 6 tahun. ubat batuk hospital dan hospital pakar ni semua membekukan kahak anak kita. memang batuk dah lega lps makan ubat batuk tapi kahak masih berkumpul kat dalam tu. sebab tu Haziq lps kuar Hospital Taw***** haritu jadi balik. baru saya faham lepas Dr ni explain..

layanan Dr memang terbaik..hari pertama pergi 2 Sept, Dr bagi Haziq neb. masa neb tu pun dah muntah2. sebelum ni amik neb kat Klinik K*** kat sentul, mana pernah muntah. bila muntah tu lega skit, sebab selambak kahak dia kuar. Lps amik neb sedut kahak dia..memang banyak kahak dia. lps tu Dr bg ubt. mmg ubat Dr ada ubt batuk gak tp ubat Dr khas utk pesakit athma ni. tak sama cam ubt Hosp Taw***** bagi. Ubat batuk Dr Nadhir takde side effect yg boleh menyebabkan mengantuk.


amik neb, Dr letak Ventolin dgn garam.



tgh2 neb berenti muntah, keluar kahak byk..lps kuar kahak tu br kuar susu.
lps neb, Dr sedut kahak Haziq



dan Dr ajar buat tepuk2 kat rumah..utk tepuk2 tu korang leh refer sini.mommy's diary of life. tq for sharing ye.saya refer kat blog ni la time search pasal2 athma ni pastu jumpe blog ni..Dr cakap cara tu utk buat kahak dia loose skit sbb sblm ni kan dah beku, so senang dia batuk utk kuarkan kahak tu dgn muntah. anyway, ubat batuk yg Dr Nadir bg tu mmg utk galakkan batuk dan akan muntah lps tu..tp kahak Haziq ni consider yg still ok, xbyk cam org lain, so bila batuk, Haziq tak muntah.

9/9 -Ahad-2nd time pergi utk follow up..alhamdulillah, Haziq dah bartambah baik, ada lg skit2 kahak dia tp yg penting dia dah tak tercungap-cungap, nafas pendek sume dah takde..syukurnya Ya Allah. Allah saje yg tau, hepi gila dipertemukan oleh Allah dengan Dr Nadir..

itula dia, ni la Dr yg memang kita cari utk anak kita. bkn just bg ubat, kalau baik lega la Dr tu, leh cakap ubt dia mmg bagus. kalau tak baik2 gak, jwpn diorang cam biasa kita dgr la "takpe, nanti umur 5,6 tahun dia baik sendiri la.."memang la sbb time tu diorang dah pandai buang kahak dah..abes, tak kan kita sbg parents lena tidur mlm2 fikirkan anak kita semput camtu, sure susah hati..lamanya nak tunggu Haziq umur 5,6 tahun ye Dr???..Dr Hosp Taw***** tu mmg tak pakai otak cakap..org kedah ckp "akai ada ka???"

kalau camtu masuk hospital 3,4 kali pun tak lega tapi duit keluar cam air byr utk kos perubatan..
tapi supplement utk Haziq memang saya tak miss. saya bg dia vita C, Mealshakes dan Omega..mmg khas utk Athma, tapi supplement ni bkn ubat, lega dlm masa sehari dua. ubat doktor yg pakai Drug tu pun amik masa nak baik, ni kan pula tanpa drug. lagipun haritu Haziq ade amik antibiotik, tu yg buat supplement yg dia amik tu kurang berkesan. nak buat camne, dah admitted, cam gitula ubat dia. tak admit kang, bahaya kat dia. saya bg madu asli jugak utk pecahkan kahak Haziq..semua buat, belut buat sup bg makan..semua utk cepatkan athma cepat sembuh..alhamdulillah, sekarang saya dah boleh senyum lebar. SYUKUR Ya Allah. segala usaha  saya buat, semuanya utk Haziq, anak ummi yg soleh.

ok, ni alamat klinik Wangsa tu ye!!
Klinik Wangsa (Dr Nadir dan Rakan-rakan)
no 46, jalan 2A/27A
section 1, bandar wangsa maju
kuala lumpur
tel: 03-4142 1614

saya biasa pergi hari ahad - kul 9pg-1ptg je..

Selasa, 11 September 2012

BERPANTANG:Shaklee lebih baik berbanding Jamu

ASSALAMUALAIKUM...

Teringat zaman pantang saya haritu, tahun lepas..adoi..memang seksa, makan kena control, jalan kena control..makan tu yang tak tahan tu..asyik makan ikan je..ayam tak boleh makan sebab takut gatal2 kat tempat jahit tu..saya pun tak makan la, lepas 2 minggu camtu baru makan sebab luka semua dah baik, saya bersalin normal..cepat la lega jahitan tu..yg bersalin ceaser tak taula, no komen saya sbb lain mak, lain pantangnye.ade kawan saya asyik telan air gamat berbotol2 sebab nak sembuh luka.ye tak?? tapi pape pun saya memang tak ikut cakap doktor..doktor memang bg semua benda boleh makan, diorang tak percaya pantang2 ni..saya lagi percaya mak saya yg sekolah tak abis tu, lagipun kalau saya bedal semua, badan saya rasa tak sedap. kita tau la badan kita kan. time pantang je, bukan selama-lamanya tak boleh makan..tapi saya tak minum ais walaupun Amni dah setahun...

saya tak suka jamu sebab saya tak sesuai makan jamu, panas badan, lagipun nak breastfeed. so saya tak prefer jamu. utk berjaya dlm breastfeeding, kita kena elakkan benda2 panas cam jamu, ais, minuman bercafein,.



dlm set ni ade 
Vita-Lea (multivitamin)
B Complex
Vita C
Zinc

Vita-Lea (Multivitamin)
Fungsi-fungsi:
Penambah Tenaga Segera>>memberi tenaga, melegakan keletihan dan lesu, menguatkan memori
Pelengkap Nutrisi>>mengandungi 30 nutrisi lengkap harian. kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting disebabkan amalan pemakanan tak seimbang semasa berpantang.
Elemen penting pada Sel Tubuh>>menyediakan asas nutrisi, pertumbuhan sel baru, otot, kulit, kuku, hormon
Metabolisma>>sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

B-Complex
Fungsi-fungsi:
Menukar makanan kpd Tenaga>>-membantu proses penghadaman,menukar lemak, karbo dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan lesu.
Melawan Tekanan>>memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, kemurungan dan iinsomnia.
Rambut beruban/gugur>>memabiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban.
Detoksifikasi>> meredakan alahan
Mencegah anemia(kekurangan sel darah merah)>>membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, mencegah sakit kepala, pening, letih, migrain, muntah2.

Vita C
Fungsi-fungsi:
Membentuk Kolagen>> mengembalikan semula keanjalan kulit kita setelah melahirkan baby.
Sistem Imun>>meningkatkan sistem imunisasi kita, jika ibu yg menyusukan anak, Vita C juga berguna utk menguatkan sistem imun baby dan sukar demam
Mencantikkan Kulit>> kulit nampak lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigment. Pigment penyebab utama terjadinya jeragat.
Mengekalkan Kolestrol Sihat>> mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, skurvi
Memperbaiki Simtom pendarahan>> mengurangkan gusi berdarah, luka lambat sembuh, kulit kering, kusam,kasar

Zinc
Fungsi-fungsi:
Sembuh Luka>>mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran akibat pembedahan, memperbaiki alergi, bintik kulit.
Ovulasi Wanita>>membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya
Penyakit Diabetis>>membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin.
Mengakttifkan 200 jenis enzim>>penting utk memelihara metabolisma pada gigi dan pertumbuhan fizikal remaja.

TESTIMONI



waaa...best kan, dalam pantang kan tak cukup darah la, letih la, sakit pinggang la, sakit urat la, insyaallah, dengan Shaklee mesti best. takde panas badan, breastfeed pun senang, susu pun mesti tak malu2 keluar sebab badan ibu cergas, bertenaga, hepi..ingat, jgn stress2, boleh merencatkan pengeluaran susu nanti yang paling penting, kalau anak kita kena demam kuning pun kita boleh mkn vitamin Shaklee ni..tak de side effect malah membantu mengurangkan demam kuning...ok selamat berpantang

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 




Ahad, 9 September 2012

HANIFIDRUS SEGMEN MENERJAH

Hai assalamualaikum...

1st time join segment2 org buat... ni la segmen yg HanifIdrus buat utk menambahkan followers kat blog dan traffic..insyaallah, semoga semuanya berjalan lancar..tqvm to Hanif coz buka peluang ni..May Allah Reward u my Alam maya Fren...

segmen ni berakhir pd 30 Sept 2012.

TAG:
Fatin Amalina
Azimah Zulkifli

Sgt cool..so u ollz yg nak join leh click SINI..


Sabtu, 8 September 2012

CINCH SHAKE MIX : KAYA PROTEIN, DAN PROTEIN BERUPAYA MENAHAN KITA DARI BERASA LAPAR...


alahai, kebelakangan ni banyak pulak kan produk pelansingan kat market kita. jaminan boleh tutrun  dengan cepat plak tu..kalau saya la, saya tak berani sebab yg turun cepat2 ni biasanya pakai bahan kimia yg kuat, sebab tu boleh gerenti cepat kurus...kalau anda pulak camne? tepuk dada tanya poket..haha..bukan, tepuk dada tanya hati, nak sihat ke nak sihat sekarang tapi sakit kemudian hari???gurau je ok, jom kita tengok apa yg Shaklee ada ok. Shaklee ada ni ye..CINCH SHAKE MIX. info ni saya amik dari website Shaklee.





Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
  • Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?" .Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan
  • Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:


  1. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.
  2. Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  3. Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  4. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  5. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  6. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  7. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)
hmmm..puas hati tak sebab dah tau apa yg ada dlm Cinch ni, apa kandungan dia, apa manfaat dia, camne dia berfungsi dlm badan kita??? best kan..so janganla kita salah pilih produk, main beli je asal cepat turun berat, kita pun rembat sekotak dua kotak..yg bestnye, Shaklee ni sebelum dia kuarkan sesuatu produk, dia akan buat kajian mendalam terhadap sesuatu yg dia nak keluarkan..kalau tak caya apa yg saya cakap ni, cik gugel kan ade, gugel la, cer tengok..

ok, sekian dulu ye..
pape hal cam biasala, nak order jangan lupa email/call/sms saya
nuramni22@yahoo.com
012-6618052




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.