Jumaat, 6 September 2013

Cegah Lebih Baik dari Merawat Athma (Asma)

Assalamualaikum...


Hai, apa khabar semua pengunjung setia Amni~Haziq...hari ini saya nak berkongsi pasal asma ataupun penyakit lelah...kalau org dulu2 pantang anak2 kecik main dgn kucing, nanti mesti diorang akan cakap "jgn main dgn kucing nnt lelah". ye, ada betulnya, sebab bulu kucing tu sesuatu yg berhabuk dan tak berapa elok utk kesihatan terutamanya budak2 kecik.

Asma ni bermula dgn batuk2 biasa, kadang2 ibu bapa terlepas pandang dan mungkin ambil ringan masalah batuk ni. sebenarnya batuk2 kecil yg berkahak ni la petanda yg anak kita akan mendapat asma.

ni saya amik petikan artikel dari sumber utusan, Dr Amir Mohd Nor, dari Hosp Perubatan Pantai.

Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.
”Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.
“Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah.
”Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya,” terangnya.
Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut.

Ada juga faktor2 lain yg boleh menyumbang kpd asma, jom baca jom:

Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya.
Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.
Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.
”Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma,” katanya.
”Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ,” akuinya.
Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.
Sebagai ibu saya pun dah alami situasi sama mcmni, anak saya yg sulung, Haziq dapat asma, saya pun faham perasaan ibu2 semua. Kesian bila tengok anak kita struggle utk bernafas. salurannya sempit dipenuhi dgn lendir. kalau saya, saya akan sedut keluar lendir2/kahak2 tu dulu (doktor yg buat) then bagi suppliment untuk mencegah asma dr berulang, alhamdulillah, Haziq bebas Asma..syukur, dgn Izin Allah. 

Gambar Kanan menunjukkan saluran yg tersembat dgn lendir yg membuatkan anak kita sukar bernafas.

Asma ni berkaitan dgn pernafasan, berkaitan dgn nyawa anak kita, kalau kita sbg ibu bapa ambil mudah penyakit ni, memang anda dalam kategori tak berapa nak kisah keselamatan anak2. Lagi satu sebagai ibu bapa nak ke kita tgk anak kita bergantung kpd ubat untuk sembuh dari asma. ubat mengandungi dadah ye ibu2 sekalian, kalau kita boleh elakkan, elakkan la. kalau saya, saya pilih supplement.
ni pulak petikan dari majalah RAPI AUGUST 2012:


Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa. 

Berdasarakan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.

Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.


---------------------------------------------------------------------

Kalau nak tau ini la set Asma yg saya bagi utk Haziq. 

Kalau ibu2 pun nak anak BEBAS dari gangguan Asma, nak pilih SEMULAJADI dari pilih BAHAN KIMIA atau DADAH, ibu2 patut CUBA set ni, kalau nak tahu dewasa pun boleh ambil tp DOS nya adalah berbeza.



Berminat? sms 012-6618052.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Rabu, 10 Julai 2013

Kenapa Saya Lambat Nak Kurus, Kenapa Dia Cepat Kurus?????

Assalamualaikum...

Hmmm.. topik yg hangat pagi-pagi ni...takpe, hot topik tp kalau tak discuss pun tak hot jugak sebab org tak tau..Ramai org nak cepat berat badan turun. tak sabar2 sangat. sebab katanya nak naik bukan main senang tapi bila nak turun bukan main susah lagi...

bukan apa, ni pun salah satu dugaan Allah kat kita, kena ingat tu. Allah nak suruh kita lagi kuat berusaha, cari ilmu, cari supplement yg sesuai, cari cikgu, cari gym.

first sekali bila tertekan dengan masalah berat badan kita, cool, tarik nafas, lepas tu fikir yg Allah itu adil, ade sebab Dia nak kita begini, ade sebab Dia nak kita begitu. redha, bersangka baik dan fikir ade org lebih gemuk, lebih besar dari aku, sedikit sebanyak buat kita tenang. 

itu sudut emosi, biar kita yg kawal emosi ye, bkn emosi yg kawal kita. kalau dari sudut usaha, kita cari la ilmu berkaitan dengan berat badan. salah satu yg saya nak share kat sini pasal KADAR METABOLISMA. 

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Perkara Semulajadi Yang Mempengaruhi Metabolisme

  1. Komposisi Badan: Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih calorie berbanding lemak.
  2. Genetik: Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang seperti Wayne Rooney atau yang berbadan “stocky”.
  3. Umur: Metabolisma akan menurun dengan umur. Dengan itu, keperluan calorie seseorang akan turun over time. Ini kenyataan hidup. Ini sebab utama kerana ramai akan memambahkan berat badan walaupun mengambil makanana yang sama (sewaktu muda).
Clear tak? Berat badan kita ni dipengaruhi oleh metabolisma. Kepada yg mempunyai metabolisma yg rendah iaitu mereka yg mempunya byk lemak berbanding tisu otot, cara tingkatkan metabolisma ada pelbagai cara. ok, refer kat bwh utk tau cara2nye:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Ok..saya harap dgn info ni anda dpt sedikit pencerahan dan maklumat..Yup!!! saya percaya kepada senaman dan gaya hidup sihat, saya tak percaya kepada supplement semata2 untuk turunkan berat badan, tapi kalau Allah nak izin, makan supplement baru sehari dua, sebulan dua pun badan dah turun, itu memang rezeki, memang bonus untuk anda. Kita merancang tapi Allah yg menentukan..

Ni saya share testimoni pengguna Shaklee. Lain org lain kesannya. Kalau nak tau lebih lanjut, PM la akak2 manis ni. sure dorg sudi berkongsi tips2 dorg. 
Berkat Sifat Sabar, 12kg turun dalam masa 7 bulan. 

Rezeki Allah!! Lebih kurang sebulan je amik Shaklee!!
Ye, saya Pengedar Shaklee yg sah!!! jika anda berminat nak dapatkan apa2 je produk Shaklee saya sedia membantu!! jangan malu2 bgtau masalah anda dan bajet anda, saya akan suggest produk yg terbaik dan sesuai dgn bajet anda!!!

Call/sms ke 012-6618052