Selasa, 27 Disember 2011

lifestyle

Nuffnang Ads

Cara Nabi S.A.W Jaga Kesihatan

August 16, 2011 By: PakarHowTo Category: "How To"Info BergunaPetua
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB379
Kalau saya tanya ;
“Siapakah contoh terbaik dalam kehidupan kita?”
Saya yakin, pasti ramai yang akan jawab ;
“Sudah pastilah, contoh yang terbaik ialah Rasulullah SAW.”
Semua orang mengaku Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagi kita. Tapi berapa ramaikah yang ikut baginda SAW? Berapa ramaikah diantara kita yang benar mencontohi kehidupan Rasulullah SAW?
Cuba tanya diri kita masing-masing ;
Solat kita contohnya. Adakah ikut nabi SAW? Adakah kita sentiasa solat diawal waktu? Solat di masjid @ surau? Secara berjemaah?
Bagaimana pula dengan bacaan Quran? Berapa banyak kita baca? 10 ayat? 100 ayat? Atau kita langsung tak baca? Masa kita banyak dihabiskan depan TV?
Kita kata kita cinta Rasulullah. Kita mengaku dia sebaik-baik contoh. Tapi mengapa kita tak ikut pun apa yang baginda SAW ajarkan?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara hidup sihat yang Rasulullah SAW amalkan.
Kalau kita baca sirah Nabi SAW. Baginda pernah sakit beberapa kali saja dalam hidup baginda SAW. Apakah rahsianya?
Selain daripada diri Baginda SAW itu sendiri yang sememangnya istimewa dan dilindungi Allah ta’ala secara khusus. Rasulullah SAW sebenarnya mengamalkan cara hidup yang sihat.

Cara Nabi SAW Jaga Kesihatan

Berikut adalah antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda SAW amalkan:
  • Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
  • Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
  • Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
  • Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang  hendak kita pergi.
  • Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.
  • Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
  • Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
  • Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Sumber Artikel : Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh

Tiada ulasan: