Selasa, 5 Jun 2012

PETUA TRADISIONAL MERAWAT DEMAM

hai, apa khabar??? sihat? apa2 pun ucap salam dulu ye,

assalamualaikum...

hari ni saje2 nak berkongsi petua org2 lama dulu utk merawat demam..mak mak kita dulu memang apply benda ni. ini la cara doirang turunkan suhu badan. kalau mak saya dia suka guna daun raya yg bunga dia color putih dgn asam jawa utk turunkan suhu..

zaman dulu memang senang nak jumpa bunga tu, bunga ni, daun tu daun ni tapi sekarang kalau duk kt bandar2 besar ni agak susah skit la..

Shaklee ada satu Larutan cecair Basic H utk menurunkan suhu tinggi anak kita. boleh titikkan 2,3 titik dalam air pastu jelum kepala anak kita..insyaallah, suhu tu turun, 

kalau Haziq dgn Amni demam saya memang pakai Basic H ni, mandikan pun dengan Basic H, titikkan dalam besen mandi 4,5 titik, lepastu mandi, gatal2 kat badan pun hilang...

eh dah la, entry kali ni just nak share petua2 tradisional je, ni dah melalut lalut plak..ok jemput baca dan komen.. :)))


Petua Merawat Anak Demam

Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.



Petua Turunkan Suhu Badan Dengan Air Kelapa Muda

Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.
Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Petua Menurunkan Suhu Badan Anak Demam

Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, Bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Petua Meredakan Demam

Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, boleh lahcubameredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.
Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.



Petua Redakan Demam Dengan Sirih Pinang

Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.
Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Petua Turunkan Demam Dengan Ubi Kayu

Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas.
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.

ok, selamat mencuba, petua2 ni pun kita harus cuba, yela kita ikhtiar, allah yg menyembuhkannya..


6 ulasan:

Hanif Idrus berkata...

Entri yang menarik!!

kaishin berkata...

kalo demam kuat sangat memang guna asam jawa atau pun daun 'lidah buaya' tu..memang mujarab..

ieda berkata...

salam kenal dari akk

cantik blog diedit cik rose .. cuma akk rasa dik .. kalau font utk entry adik nie dikecilkan sedikit , mgkin lebih cantik dan kemas ..

keep on blogging .. sudi2 lah kerumah akk ;)

prog muten berkata...

SALAM, SY ADA NAK JUAL TERMOMETER DIGITAL MURAH
MURAH HARGA BARANG RM20.00 (TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN)
KEMPEN 1 RUMAH 1 TERMOMETER-(BUZZLE BERBUNYI BILA DAPAT BACAAN SUHU SEBENAR BADAN)
LAYARI BLOG DIBAWAH
http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/

ruzita jsc berkata...

Ada tak petua yg lain, kerana saya sedang guna daun bunga raya putih dan merah untuk disapu pada anak yg dmm panas
Tapi demam blm reda.

Tanpa Nama berkata...

mksh info nya
salam knl dr indonesia