Jumaat, 22 Jun 2012

MACAM MANA NAK RASA CEPAT BENGKAK SUSU, MESTI LA DENGAN ESP (energizing soy protein)

assalamuailaikum...


alhamdulillah, dapat update blog lagi...bukan main susah nak update sebab busy terlampau, busy dengan kerja kat ofis, keluar sana keluar sini, pergi sana pergi sini, yela nak buat macam mana dah nasib badan..camtu la cara saya cari rezeki, ade orang duk je dalam ofis, bila petang baru balik..saya memang suka travel sana sini mungkin sebab dah terbiasa kot. dah lama saya kerja lepas habis belajar. dari 2007 sampaila sekarang..alhamdulillah..tapi entry ni bukan nak cerita pasal kerjaya ye..saya nak cerita pasal bengkak susu...


jauh saya menyimpang dari tajuk asal..heheh..sebenarnya seronok bergelar ibu ni, cabaran-cabaran yang mematangkan diri, yela ibu muda kan, so banyak nak explore benda baru..


salah satu cabaran saya menjadi ibu kepada kedua-dua anak saya ialah penyusuan..ibu yang berkerjaya memang akan menghadapi masalah ni. kalau suri rumah kurang ada masalah macam ni sebab kita 24 jam dengan anak kita. jadi ibu berkerjaya ni la banyak cooobaaaannn. kena jaga stok susu, jaga mental dan emosi,kawal stress. kalau kita tak jaga, memang kita akan menghadapi kemeruduman susu, production drop..adooiii, memang stress..


ni saya nak share pengalaman saya sendiri macam mana nak maintain susu..maksud saya bengkak susu, saya akan hepi kalau breast saya asyik penuh. baru pam 2 jam lepas, susu dah penuh balik..memang heaven. itu belum tengok hasil perahan lagi tu. kat ofis je 3x pam, tu pun time nak balik dah penuh lagi, sebab rush nak balik, saya malas pam, biar baby terus direct feeding je. tapi Amni minum sebelah je, sebelah lagi saya pam bila sampai rumah.


rahsia saya, saya memang amalkan Shaklee la..saya memang ambik set 3M. alhamdulillah memang berkesan. dalam set ni saya memang suka milk booster dia, ada ESP, Alfalfa dan Kalsium. semua ni menyumbang kepada penghasilan susu. saya pernah minum ESP ni tapi tak bengkak susu pun time mula-mula minum..setelah kajian sendiri, saya mendapati saya ni jenis kedekut sebenarnya..hihi, bukan apa, ESP tu kan sedap, soy based, saya punyala nak jimat, minum skit-skit, patutla tak berkesan. bila badan tak cukup nutrient, macam mana nak berfungsi dengan baik, susu pun malu-malu nak keluar..just ikut direction kat cannister ESP tu je 3 sudu besar pengambilan dalam sehari..


lepas tu, memang breast asyik bengkak susu je, alhamdulillah semua ni dengan izin allah, yang penting kita kena usaha..ESP ni soya terbaik yg saya pernah minum sebab dia memang natural, dikawal rapi sejak mula ditanam sehingga dia dipasarkan untuk menjaga kualiti soya tersebut.




ini testimoni customer Shaklee yang diambil dari group tertutup Shaklee, memang bestla ESP ni pendek kata, banyak membantu ibu-ibu dalam penyusuan. bengkak susu ni salah satu fungsi ESP ni, banyak lagi kelebihan dia, yela, protein la katakan, protein penting utk membina tisu-tisu baru badan. kang kalau saya diskas pasal kelebihan menyeluruh ESP ni kang panjang berjela plak entry ni..plan nak make it short and simple, tengokla, ni pun dah panjang.

berminat? 
sila PM saya di FB atau call/sms ke 012-6618052 atau email ke nuramni22@yahoo.com. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tiada ulasan: