Isnin, 16 Julai 2012

BUBUR OAT KISMIS

Hi, assalamualaikum...

saje je kongsikan resipi ni utk anda, mana tau dah bosan sebab dah tak de idea nak buat makanan utk anak anda..leh tgk sini ok..

SEDAPNYE!!!

Bahan-bahannya:
3 sudu besar oat segera
1 cawan susu segar
Kismis secukupnya
Sedikit madu
Badam atau gajus (digoreng tanpa minyak terlebih dahulu dan dipotong kecil)
Cara Membuatnya :
1. Masukkan susu ke dalam mangkuk dan campurkan dengan oat segera dan kacau rata.
2. Selepas itu, tambahkan dengan kismis dan kacau lagi.
3. Tuangkan madu ke atasnya.
4. Akhir sekali taburkan dengan potong badam atau gajus.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: