Khamis, 26 Julai 2012

Sawan Tarik di kalangan kanak-kanak (part 1)

Hai..assalamualaikum..

Lemah rasanya nak diskas topik ni..saya memang sedih sebenarnya nak buat entry ni, tapi saya akan buat gak utk tatapan pengunjung2 blog saya dan sila ambil iktibar dari sini ye...

tak nak lah bercerita panjang sbb mengundang kesedihan saya nanti..tapi saya pasrah dan redha dengan ketentuan Allah ke atas kami sekeluarga.

Anak saya Muhd Haziq Muqri, pada usia 1 thn 1 bulan lebih 1st time dapat sawan tarik..ingat lagi waktu tu pagi2 kul 2,3 lebih camtu, 11 Mac,2011. Mak mertua saya ada ingatkan psl sawan tarik ni, so saya mmg tau langkah pencegahan dia sbb adik suami saya dulu pun pernah kena sawan tarik ni. 

rasanya saya tak pandai nak cut it short, nanti berjela2 plak entry ni..

hehe..okla, saya kongsi setakat tu dulu la ye..jemput baca info kat bwh ni dulu ye.

======================================================================





PENYAKIT sawan disebabkan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun. Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. 

Punca sawan ialah sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selesema atau jangkitan virus. Yang jelas mangsa tidak akan merasai kesakitannya jika dihinggapi sawan. 

Langkah awal yang perlu dilakukan ibu bapa dan penjaga ketiak melihat kanak-kanak sawan ialah; 

Baringkan mangsa mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan. 

Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan dan jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. Selain itu, jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya. 

Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan. 

Sawan sebenarnya tiadk sama dengan epilepsi (gila babi). Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja. Yang jelas, 99 peratus pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi. 

Ramai juga yang ingin tahu sama ada demam sawan boleh menyebabkan kerosakan otak kekal. 

Sebenarnya, perkara ini sangat jarang berlaku. Kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal. 

Secara purata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila umum melebihi tiga tahun. 

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan. 

Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.

sumber

3 ulasan:

nur aini amran berkata...

tq sharing..gud info kak

sedang blogwalk :}

http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/sawan-dalam-kalangan-kanak-kanak-adakah.html

anaQarbana berkata...

Kanak-kanal berumur 1 tahun, setiap kali menangis yang terukhingga tidak sedarkan diri, mata terbeliak puteh. Ia akan berlaku (dipercayai sawan)lebih kurang 5-10 minit, kemudian akan akan puleh. Yolng beri penjelasan dan ubat yang sesuai....

Tanpa Nama berkata...

Ank sy 1thun 1bulan jg.smlm 21 hb kol 3.30 tibe2 kejang.tapi xdmm n mata xke ats.sy sngt panic.menangis2.arini 22hb kol 1.20 kena lagi..tlg bg tips ape ptut sy buat jika terjadi lgi.die sprti nk ggit sesuatu.sy sngt risau