Ahad, 14 Oktober 2012

Breastfeeding: Ummi redha ketentuan Allah. FM terbaik utk Haziq.

assalamualaikum..

Mengimbau kembali saat dan ketika Muhd Haziq Muqri dilahirkan tanggal 30 Jan 2010, aku rasakan yg aku sudah arif dan lengkap dgn ilmu penyusuan susu ibu, rupa-rupanya tidak...FAKTA dan TAKDIR ini yg aku perlu terima dan tempuhi sampai bila2..tatkala aku merenung raut wajah Haziq saat itula aku sangat sedih dan rasa bersalah kerana Haziq gagal aku susui dgn susu ibu anugerah Allah ini..

Aku hanya insan yg kerdil dan hina, Allah la yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. sebelum Haziq dilahirkan, dan jauh lebih awal dari itu aku dah mula menyimpan hasrat utk breastfeed anak2 ku. aku sangat berminat dgn breastfeeding sebelum aku kawin lagi, dari situ hasrat aku bermula...tetapi kejahilan yg telah menyebabkan aku gagal utk breastfeed Haziq.

Haziq dalam pantang

1 tahun 1 bulan


Haziq dilahirkan di Hosp Pakar Ampang Puteri (KPJ)..kelahiran aku normal. tapi disebabkan anak 1st, jahitan aku agak luas dan kesan jahitan doktor tu agak sakit sbb jahit nak dekat dgn dubur time tu..lepas Haziq selamat dibersihkan, nurse bg kat aku utk BF, tapi aku cakap nnt dulu sbb aku pun tak pasti samada boleh terus duduk ke tak risau jahitan terbuka (saya mmg penakut skit bab2 jahit menjahit). First time admit dekat ward yelah time bersalin Haziq dan aku tak biasa dgn keadaan dan prosedur semua tu.

Lps drpd tu dorg bawa Haziq ke mana pun aku tak tau, tunggu punya tunggu dah dekat pukul 9 mlm, bersalin tadi dlm kul 8 mlm, aku bgtau nurse, saya anak baby saya, tanya2 tgk2 dah bg FM dekat Haziq, hati ni dah mula risau takut Haziq reject BF...mmg ye, try bg B mmg dia nangis, lepas dah cuba byk kali Haziq still reject gak, so saya panggil nurse utk ajar BF. agak senior nurse tu, lega la dpt org yg macam mak2 kita yg ajarkan, tapi Haziq asik tak nak, pandai melonjak plak tu walaupun dalam bedung. Nangis tak payah cakapla, org sebelah pun terganggu. saya duk bilik 4 bedded. tapi time tu berdua je dgn org sebelah katil. sebelum nurse yg pangkat mak tu datang, saya paggil nurse yg jaga kaunter wad, bgatau dia, kenapa baby saya tak nak BF. saya sangkakan semua nurse kat situ pro BF. dia cakap kat saya " eh nape puting Puan camtu?" puting saya flat, tak naik seketul pun utk baby isap..saya dah rasa down time tu, mesti inverted nipple sbb tu haziq tak nak...lps tu baru dia panggil nurse yg senior tu pangkat mak2 kita.

org sebelah bkn dgn baby, something berkaitan masalah sakit puan. dia dah operate time tu so saya tak tau pun kita boleh jaga baby kita sendiri dlm wad tu. saya sorg je bersalin kat dlm bilik tu.. lps Haziq nangis dan tak nak BF, saya serahkan Haziq balik di nursery dia. smpai la esok pagi, pagi2 saya dah p tengok Haziq. Nurse dekat nursery sangat tak pro breastfeeding..suka2 je bg FM tak tanya kita. saya cakap, nurse tolong saya, smpai sekarang saya masih tak BF baby saya. dia pun tolong. saya diberikan pam utk pam,  tak gak kuar susu..lps try tak sampai 10min dia cakap Puan tak byk susu ni, nanti continue kat rumah.

Lps tu saya dibantu Nurse senior tu lagi, dia pujuk2 Haziq, bantu saya dari segala aspek, tapi haziq tak nak gak latch kat B..sampaila balik rumah, ingtkan tak nak beli FM, tapi terpaksa, sbb mak saya ada time tu. mak saya pun pelik kenapa bangun malam mamai2 pun Haziq reject B. esok mak ckp beli la FM sian dia dr smlm tak minum. sampai balik kg pun saya still berharap dpt BF, memang fail.

B dah mula bengkak, saya pam, tapi pam saya pam pureen, luka nipple saya. sampai berdarah..dapat pam sikit..Haziq dapat gak susu ibu,.lps berenti sbb nipple luka, saya dah mula luntur semangat sebab Haziq makin lama makin menjauhkan diri, terus terang ckp, mak saya semua tak galakkan BF sbb Haziq mcm tak nak gila2. bila bg je B dia nangis..bila saya biarkan Haziq nangis nnt dia akan terima juga B tp mak saya plak tak bg baby nangis lama2.

inilah dia ketentuan takdir..saya dgn tak cukup ilmu time tu redha je.kecewa pun ade dgn Haziq, mungkin saya tak pandai selok belok cara memujuk Haziq utk BF.

time Haziq 7 bulan saya try relactation, tapi kurang moral support dr org yg terdekat dgn saya, saya tak nak sebut nama dia di sini...kena kerapkan pumping dan saya sekali lagi mengalah time tu walaupun lps berjumpa dgn pakar relaktasi HKL dan dgn pam Medela yg baru beli. fasa ni sesungguhnya saya cpt putus asa.

ssesungguhnya Allah adalah penentu segalanya. jika dilihat saya bukannya tak berusaha, kalau sesuatu benda tu Allah izin, maka benda tu akan menjadi dan Allah akan tunjuk jalan. kesimpulannya di sin adalah susu formula adalah terbaik utk Haziq. kalau Allah izinkan Haziq mendapat susu ibu mesti Allah dah mudahkan perjalanan saya. saya yakin dan redha dengan ketentuan Allah ini..

Syukur, walaupun Haziq tak dapat sepenuhnya susu ibu, Haziq dapat juga minum bila ummi perah utk Amni, di usia 1 thn 8 bulan..Haziq dapat tumpang sekali..syukur..ada hikmah di sebalik kejadian ini..sehingga hari ini Haziq masih dapat minum susu ummi di usia 2 tahun 8 bulan..syukur ya Allah. jika dibandingkan dgn org lain yg langsung tak pernah merasa susu ibunya..


Haziq di usia 2 tahun 8 bulan

sesungguhnya ketentuan Allah menjangkaui apa sahaja kudrat dan usaha kita. walaupun kita berusaha, jika allah tak izinkan ianya tak akan menjadi dan jika sesuatu itu kehendak Allah, ianya akan berlaku walaupun usaha kita hanya sedikit ataupun langsung tiada usaha dari kita. 

Sesungguhnya setiap kejadian ini adalah Hikmahnya..ini lah pengajaran yg ummi dpt dan saya dapat kongsikan di sini untuk tatapan anda, semoga anda menjadi lebih tabah dan lebih baik daripada saya.

Happy breastfeeding!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

Yes!!!! saya jamin badan anda memang kekurangan kalsium

Assalamualaikum..

Kenapa saya yakin sgt???? cuba teka!!! sebab org dewasa memerlukan 1000mg Kalsium dlm diet harian..anda minum susu tak? berapa gelas sehari? baca tak label ataupun maklumat nutrisi susu yg anda ambil tu???? rasanya kalau anda ambil makanan yg mempunyai sumber kalsium selain susu still tak dpt penuhi keperluan kalsium harian anda. setuju tak??? boleh tapi dr pg smpai ke mlm asyik mkn makanan yg tinggi kalsium jela..heheh..susahkan?

saya mmg suka Ostematrix (Kalsium) Shaklee ni sebabnya:

1) of course sakit belakang dgn sakit pinggang saya hilang
2) dilengkapi dengan Vitamin D, magnesium, zinc, cooper, boron semua ade
-Vitamin D sgt penting dan perlu ade bersama2 kalsium sbb utk penyerapan kalsium yg berkesan dlm badan kita.cepat ia diserap, cepatla bertindakbalas..
3) sangat mudah ditelan. sebiji mengandungi 250mg kalsium (so anda kena amik 4bj sehari).

Ostematrix/Kalsium
Testimoni:Mother in Law sis ni sakit Arthritis dan sakit lutut.


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

Kekejangan atau cramp otot
sukar/susah nak tidur
Perasaan berdebar2
Eczema-penyakit kulit
Rapuh kuku
Sakit Sendi
Tekanan darah tinggi
Gigi reput
Paras Kolestrol tinggi
Kebas-kebas kaki dan tangan
Rheumatiod arthritis
Rickets


Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium


Otot & Saraf
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih
Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering


So, pilihla sumber kalsium yg baik macam saya!! saya pilih Ostematrix ni..Supplement wajib utk saya sepanjang hayat..ewaahhh!!! 

Sila call/sms 012-6618052 atau email ke nuramni22@yahoo.com