Rabu, 11 April 2012

ALFALFA NI BOLEH BANYAKKAN SUSU YE? KALAU CAMTU SAYA NAK ORDER ALFALFA SAJA LA, VITAMIN-VITAMIN LAIN SAYA TAK NAK

Alhamdulillah, seronok saya bila tengok perkembangan ibu-ibu di Malaysia yang dah mula berusaha menyusukan anak sendiri walaupun berkerjaya..cuma segelintir saja yang masih tak punya kesedaran tentang kepentingan susu ibu kepada bayi mereka..zaman dulu-dulu, zaman nenek atau mak-mak kita, diorang memang pro breastfeeding. sebabnya mak-mak kita ni kebanyakannya suri rumah. so anak anak menepek je kat mak bila lapar.tak payah susah2 basuh botol susu...ayah kita pun tak banyak keluar perbelanjaan rumah, tak payah beli susu, tak payah hantar ke nursery..

Hmmmm...teringat kat mak saya kat kampung..kami ada 6 orang adik beradik, semua BF, kecuali kakak saya yang no.3, lepas pantang je dah tak BF sbb mak kata susu mak dah kurang..sedihla, apa yang buat saya sedih tu mak saya dah terpaksa cabut semua gigi dia sebab makin hari makin rosak, pecah2 (serpih), sakit plak tu.skarang, bila anak2 sume dah besar. mak sakit-sakit badan, sakit lutut, tumit merekah, macam-macam lagi la..kesian mak, bagi kami yang terbaik tapi mak yang suffer. semoga allah beri mak yang terbaik juga di dunia dan di akhirat nanti 

Baru saya tau sekarang kenapa mak jadi camtu..sebab mak-mak kita dulu mana ada ambil supplement...Mak saya dulu siap tak makan ubat yang doktor bagi time mengandung sebab mak kata takut anak nanti keluar besar-besar, tak larat nak teran..itu kefahaman mak saya, tapi saya faham, orang dulu-dulu mana ada internet, tv pun mana ada info-info kesihatan sangat, buku pun tak baca sangat, yela mana ada masa, anak-anak ramai.kalau ada buku pun, baru bukak sehelai muka surat, dah menguap agaknya..tapi zaman kita sekarang dah jauh berubah. sebab tu tak tau, takde kesedaran tentang pentingnya kesihatan ni..

Sejak saya kenal Shaklee, sejak itula saya faham fungsi vitamin untuk badan kita.lagi lagi sebab saya BF..saya takut segala nutrien yg saya ada diserap oleh baby saya. kalau saya tak sihat nanti, satu family susah..yela, org pompuan kan multitasking, semua benda boleh buat. kalau saya sakit, risau nanti keadaan anak2, suami, huhu..ummi love you all. lagi satu, vitamin Shaklee ni adalah di antara vitamin yang terbaik yang pernah saya makan, saya tak ragu2 sebab ia halal, dari sumber semulajadi, sebab tu saya yakin sangat.

dah panjang sangat saya membebel..tajuk entry saya pasal alfalfa ye..ok back to alfalfa..

Yup, memang betul, alfalfa berfungsi untuk menambahkan kuantiti susu ibu. Saya pun akui, kalau lepas saya ambik alfalfa, kejap lagi mula la B saya mulala membengkak. tapi saya susuli dengan pengambilan air masak yang banyak lepas tu. makan vitamin ni kena minum banyak air ye..baru vitamin dapat diserap dengan sempurna. kalau mkn vitamin tapi malas minum air, jangan plak salahkan vitamin tu kalau dia tak berkesan.



Ada yang tanya saya, kalau saya beli alfalfa saja leh x? saya tak nak vitamin2 lain tu..???

ini jawapan yang saya reply: alfalfa memang sebagai MILK BOOSTER. dia berperanan membantu badan kita menghasilkan susu dengan lebih cepat. anda akan rasa B akan cepat bengkak nak-nak bila minum air 3L sehari disamping sesi perahan di ofis yang kerap iaitu setiap 2-3 jam sekali. TAPI, sampai satu tahap anda akan rasa letih, penat lepastu mula la datang sifat moody, malas nak layan kerenah anak2 bila balik keje, nak plak husband pun moody sebab dia pun penat jugak..hmm tau-tau jela apa akan jadi lps tu, korang sambung sendiri cerita ni ok..hikhikhik, ikut kreativiti masing-masing..



ni semua terjadi sebab anda hanya fokus pada supplement yang membanyakkan susu semata-mata, so badan akan dipaksa untuk menghasilkan susu je tanpa mengira keadaan si ibu. bila penat, agak2 anda nak perah susu lama-lama tak sampai B dikosongkan sepenuhnya?? dah tentu tak kan???..bila B tak dikosongkan sepenuhnya, macam mana nak dapat hasil yang banyak setiap sesi sebab konsep asas penyusuan tak betul...Adoiiii..kan susah tu... ingat.. vitamin ni hanya berfungsi sebagai nilai tambah.konsep asas dalam BF kena betul ok.bare in mind ye..

TAPI, kalau kita ambil vitamin yang lengkap, maka keperluan tubuh kita akan sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Vitamin ni sebenarnya umpama minyak pelincir. kalau sesebuah kereta itu dijaga, tuan dia akan tukar minyak hitam, service bila sampai masa, petrol sentiasa ada, dah tentula keta tersebut dapat berjalan dengan lancar, tak semput. so macamtu la perumpamaannya. kalau anda ambil vitamin dengan lengkap, anda akan dapati badan sihat, mood happy selalu, bersemangat dan bertenaga, barula boleh konsisten dengan sesi perahan, insyaallah susu ibu akan terhasil dengan baik dengan bantuan alfalfa tadi..


ini set basic yang anda perlu ambil untuk Breastfeeding Set:
1) Vita Lea (Multivitamin)
2) B Complex
3) Vita C

okla, semoga anda selalu dilindungi oleh-Nya sepanjang hayat dan dapat menyusukan anak-anak comel anda sehingga 2 tahun dan dapat menempuhi cabaran juga cubaan sepanjang tempoh itu..insyaallah










Tiada ulasan: