Sabtu, 14 April 2012

DOA AMALAN SAYA TIME MENGANDUNG

Assalamualaikum...hai, apa kabar pengunjung-pengunjung Amni~Haziq. Semoga u all sihat-sihat selalu disamping menjaga pemakanan, exercise, dan sentiasa berdoa agar dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan hidup untuk beramal ibadat kepada Allah, Robbul Jalil.  Alhamdulillah..syukur kepada Allah dengan apa yang saya ada pada hari ini, suami tercinta, anak-anak, keluarga saya dan keluarga mertua saya dan sahabat2 saya, tak lupa jyga untuk customer2 yg saya sayang selalu..

Harini saya nak share salah satu doa yang saya tak pernah tinggal dr mula-mula saya dapat tau saya mengandung samapila melahirkan price dan princess saya ni..saya akan baca doa ni setiap hari disamping doa2 lain. Doa ni special buat saya..saya akan baca dengan sepenuh hati saya dan fokus sebab saya dah hafal makna dia..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Saya amalkan doa ni mulanya sebab saya takut nak bersalin..ini time anak sulung saya la, Haziq, memang takut sangat tapi apa nak buat, yg kat dlm perut ni kena gak keluarkan dia bila sampai masa nanti..bila saya tengok balik,memang keseluruhan doa ni sangat menyentuh hati saya, yela lagi-lagi doa supaya tetapkan iman, akhlak yg baik, fasihkan lidahnya utk baca Quran dan Hadis, sebab tu saya obses sangat dan baca hari-hari.

Setakat ni, kesan yang saya dapat daripada amalan saya semasa ngandung dulu, dengan izin Allah, anak saya haziq sekarang dah 2 tahun 3 bulan suka kepada ayat-ayat suci dan boleh ikut saya baca Fatihah, azan, ayat kursi dan banyak zikir-zikir saya dah ajar. Tapi dia baca cara tahap umo dia la.pelat2 skit.Amni kecik lagi, baru 7 bulan, tapi dia dah mula tunjuk minat dengar azan..syukur sangat.

Kalau bersalin, memang saya ni kategori yang mudah bersalin, tak lama dalam labour room tu. Alhamdulillah, rasa sakit lps tu terus bersalin saya amalkan doa ni dengan makan kurma dan makanan sunnah yang lain contohnya saya makan delima, kismis, badam, madu, banyak lagi la. tapi delima susah nak dapat. kalau ada jual kt pasar mlm saya terus rembat 3,4 biji. kurma memang utk melancarkan kelahiran, saya tak minum air selusuh pun untuk Amni, anak kedua saya. Haziq dulu minum dalam labour room sebab mak baru sampai dari kampung time tengah sakit dlm labour room..org kata the right time minum air selusuh tu time kita duk tengah sakit nak bersalin..tak tau la, org kata, bkn saya kata..heheh..

Doa lah selalu untuk anak2 kita mudah-mudahan Allah perkenankan. Doalah yang baik2 supaya dia menjadi seperti apa yang kita minta..jangan berhenti berharap (cam tajuk lagu je), jgn putus asa, semoga ibu-ibu mengandung dapat amalkan doa yang saya share di blog saya ni, semoga bermanfaat buat semua ye!!

Salam Sayang 





Tiada ulasan: