Sabtu, 19 Mei 2012

ANDA RASA SAKIT-SAKIT LEPAS AMBIL SHAKLEE??? JANGAN RISAU, ITU DINAMAKAN HEALING CRISIS @ KRISIS PENYEMBUHAN

Assalamualaikum WBT...

Apa khabar anda hari ni??? sihat?? ade yang tak sihat??? kenapa ye??? adakah sakit tu berpunca setelah  anda consume @ beli Shaklee's product dengan saya? Janganla cakap macam tu...kecik hati saya..kalau nak tau kenapa anda rasa sakit situ, sakit sini, jom baca..lepas anda baca, mesti punyala anda tak salahkan saya, yela customer-customer saya semuanya baik2..kalau ade yang marah saya tu mungkin dia tak tau pasal healing crisis ni..sebab tu marah, so lepas baca ni, mesti anda tak marah-marah lagi sebab healing crisis ni adalah normal..tindakbalas yang berlaku lepas kita consume supplement...


Q:Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 


A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 

Tidak mengamalkannya setiap hari

Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan

Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya

Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh

Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan

Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:



1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat
Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau

Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa 
dalam usus besar

4) Krisis Penyembuhan Kembung perut  Penyebab Sistem penghadaman yang lemah

5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir

Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  

Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung  Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah

8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi  

Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah

Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan

10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
 
Penyebab Sistem saraf yang lemah 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak


12) Krisis PenyembuhanLapar, Pening PenyebabTekanan darah rendah, anaemia

13) Krisis PenyembuhanLoya, sembelit, tersedu  PenyebabSistem hadaman yang lemah, masalah hati

14) Krisis PenyembuhanEdema (membengkak) PenyebabMasalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


opsss sori, nape entry kali ni jadi camni..hope dpt baca..

Semoga anda cepat sembuh dan sihat-sihat selalu..amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai terapi minda dan jiwa, bila anda tenang dan positif, penyakit mudah hilang..dan jangan lupa minum air masak 3L sehari ye!!!! 


Jangan segan silu untuk bertanya saya kalau ada apa-apa masalah..do contact me @ 012-6618052 atau PM di FB..

8 ulasan:

Cikrosecute berkata...

Pernah jugak makan ubat Shaklee nie,tapi bukan beli menang join contest...memang ada kesan sebegitulah...saya makan ubat nie..memang sakit kepala pastu terus demam hihihi...baru tahu kesan ubat nie...thanks info..

Unknown berkata...

hope u dah ok skrg..dia bersifat smntara je...dunt worry kay... ;)))))

Tanpa Nama berkata...

saya bru ari kedua mkn vit c, vit b & alfafa..ni ngah rse pening2.tp nk stop mlm ni & pg sok sbb sok nk exam..mlm sok bru smbung n trus konsisten, in sha allah..dkt hidung sy pn ade mcm ruam putih2 ngah timbul.sy ade sdikit msalah resdung..sy bfikiran positif myb tgah healing crisis..

Unknown berkata...

Sy amik set berpantang shaklee..then gatal2 teruk sgt...igt nk berhenti tp fikir semula mesti proses penyembuhan...tq for the info..can contact me noorzariah09@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Saya ade penyakit resdung...lepas ambik shaklee dlm masa seminggu saya sering bersin, hidung berair, gatal2 dan mata berair...ni mmg tindakbalas dia ke. .saya ambik esp, alfalfa, omega guard dan lecithin

Tanpa Nama berkata...

Dh 2 minggu mkn,pening x hilang2...mcm benak je kpla ni... sya ambil slim set shklee...

Tanpa Nama berkata...

Pusan saya minum glass Dan Vitamin c day 3 minggu...kesan Yang says dapati sekarang badan data sakit..kedua dua lutut saya Dan ping gang terasa sakit..bukan ITU saja puan,says Kini sakit tekak,batik berlandir Dan selesma.Alhamdullillah,says akan teruskan minum produk shaklee krana is amateur berkesan bag I saya

Tanpa Nama berkata...

Saya ambik gla... Haid saya tidk pernah bhenti... Haid dtang bln 10/2014 smpai skarang x pnah bhenti