Sabtu, 19 Mei 2012

DEMAM

Assalamualaikum WBT...

Ye, topik kali ini yelah demam..risau sangat kalau si kecil kita demam..kita pun tak lalu nak makan dibuatnye..banyak benda yg kita dah plan terpaksa cancel sebab nak bagi perhatian dekat diorg...tapi takpe, jangan risau sangat kalau kita tau macam mana nak handle..kena monitor suhu badan anak kita make sure jgn terlalu tinggi. bagi pengalaman saya sendiri, Haziq & Amni tak tahan duduk, maksudnya dia dah tak selesa suhu badan dia mencecah 38 darjah celcius..so saya cepat2 turunkan suhu tu, jaram kepala, lap2 badan dia sampai dia selesa dan tertidur..selalu suhu panas naik tinggi time pagi2 kul 1 sampai 4..kalau demam, ummi dgn walid mmg berjaga la jwbnya tapi takpe, demi anak tercinta..ku korbankan apa saja..:)))



Jom baca ni, petikan dari http://www.babycenter.com.my/malay/baby/demam/



Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau? 

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang. 

Kenapa kita selalu demam? 

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 



Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti denganselesemaflu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (sepertipneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak? 

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 


Hope fakta ni dapat menambahkan knowledge ibu-ibu..dont stress..demam bukan penyakit..tapi walaupun bukan penyakit, kita tak sampai hati tengok anak kita suffer walaupun demam ni sebenarnya biasa, yela sape tak pernah demam, semua org akan rasa. anggapla ini semua dugaan dari Allah, dengan berfikiran camtu, kita akan lebih tenang melaluinya..

saya doakan ibu2 akan terus tabah dan cekal dalam membesarkan anak2.semoga anak2 kita sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah..Amiinnn.. 

1 ulasan:

amni~haziq berkata...

Tq armouris... ;-)