Jumaat, 22 Jun 2012

BILA NAK START AJAR ANAK MINUM EBM

assalamualaikum...

salam penuh ceria untuk anda..ini saya buat guideline untuk anda yang nak ajar baby minum botol. saya dapat jadual ni daripada pusrawi time attend antenatal class dulu sebelum Haziq lahir.


dalam pantang direct feeding je kan, so baby-baby sekalian, bersedia untuk ditinggalkan oleh ibu anda, berdikari ye sayang time ibu awak pergi kerja, minum susu yang ibu bagi tau..hehe..jangan risau, saya dah jampi kat baby-baby anda, mesti dia ok punya la, dengar cakap babysitter, minum EBM dan direct feed semula lepas anda balik kerja..

ada cara dia nak ajar baby ni, diorang ni memang pandai, pandai pilih memilih.kalau ajar botol awal-awal pun susah, baby akan reject direct feeding, kalau lambat ajar botol pun susah, nanti nak tinggal dia kita yang nangis sebab risau dia tak nak minum botol...cam kawan saya, baru berbalas-balas sms tadi tanya khabar dia, dia kata anak dia dah tolak direct feeding, nak bottle feeding je, alamak susahla camni, dia cuti 3 bulan sebab keje government. anak baru sebulan dah bagi botol. EBM takpe la jugak, ni bagi FM..sebab dia kata dia tak cukup susu. salah tanggapan dia tu, memang sangat salah. dah puas nasihat, tapi macam tak dengar je, malas saya nak nasihat lagi, nanti cakap apa plak kan, takpela, saya doakan untuk dia jela dari jauh..semoga dia tabah menghadapi dugaan dalam menyusukan anak dia..

sebagai panduan bersama, jom saya kongsikan bila nak mula ajar baby minum botol/ebm??

seelok-eloknya ajar baby 15 hari sebelum ibu start bekerja. ade yang cuti dua bulan, ade yang cuti 3 bulan kan? 

bagi yg bercuti 3 bulan tu, time baby nak masuk dua bulan tu, ajar skit-skit dengan botol mula-mula. you all banyak masa yang bercuti 3 bulan ni, jangan terlalu kerap botol mula-mula tu. just as introduction je..towards the end, lagi 15 hari sebelum bekerja, ikut jadual ni ok. bukan apa, kalau dah dua bulan lebih baru nak start botol takut baby reject terus botol sebab selama ni baby fikir dia hanya dapat susu melaui direct feeding je, dia pun dah selesa dengan direct feeding..pesan saya, biar moderate, jangan terlampau sangat bagi EBM dan jangan terlampau direct feeding sangat ok..kalau ada masalah boleh contact saya mintak pendapat dan cadangan ok..

***jadual ni bermula 15 hari sebelum anda start bekerja..


selamat bekerja, jangan sedih-sedih tinggal baby ok, sekejap je tu sedih, lepas ni sure ok.


semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda.

4 ulasan:

THE AUTHOR berkata...

Tak dpt tangkap penerangan...hehehe.mungkinkah krn aku seorang leleki

Siti Asiah berkata...

cam tau2 je kite akan sedih tinggalkan bb nanti...huhu

faizah berkata...

Tq for sharing sis. Dulu ada jadual ni pastu mana ntah ltk.

Maria Firdz berkata...

nice sharing.... pengalaman sy, perlu ajar lagi awal dari 15 hari sbbnya jika bby menolak, kita boleh cari dan pikirkan solution lain... dan tidak rasa tertekan...