Sabtu, 15 September 2012

Syukur Ya Allah, akhirnya Athma Haziq dah lega, Tq Dr Nadir.

ASSALAMUALAIKUM...

HAZIQ Muqri ohhh HAZIQ Muqri..ini la anak ummi yg ummi lahirkan, anak sulung saya...banyak dugaan dalam membesarkan Haziq Muqri ni..usia Haziq 1 tahun 1 bulan, Haziq dah diuji dengan Sawan Tarik..demam je mesti kena tarik tu...dipendekkan cerita, bulan 5 tahun ni iaitu pada 23-5-2012 itula kali terakhir saya tengok Haziq kena tarik..tu pun saya tak tengok sebab dia kena kat rumah mak mertua saya time saya g keje...malam tu memang saya dah buat appointment utk jumpe Pusat Rawatan Al Hidayah di Setiawangsa, ala, yg Ashraf Muslim pelakon tu..sejak malam tu sampai la sekarang saya tengah menulis ni Haziq tak demam2. bila takde demam,takdela tarik tu...SYUKUR sangat, saya memang nak rawat Haziq dengan cara rawatan Islam pun sebab ilmu kedoktoran ni tak dpt buat Haziq sembuh..yg ada hanyalah satu pencegahan..doktor kata jgn biarkan demam Haziq terlampau tinggi. masalahnya, suhu 37 darjah celcius pun kena gak. Hampir setahun kami sedih dengan keadaan Haziq dan kami makin buntu sebab teori doktor semua tak leh pakai dan langsung tak sama dengan apa yg Haziq alami...saya ada tanya beberapa ustaz dan melalui pembacaan saya, saya dpt simpulkan yg sawan tarik ni ada kaitan dengan gangguan makhluk halus ni...so cara terbaik dengan bantuan ayat suci al quran je la..syukur alhamdulillah saya dah dipertemukan Allah dgn penawar penyakit Haziq...

ok kisah sawan  tarik Haziq ni tak tau la masih ade lagi ke tak tapi saya yakin penyakit ni dah beransur hilang. mintak2 nnt kalau Haziq demam sekalipun, sawan tarik dah takde..

lepas sawan tarik datang pulak athma...adoii..sekali lagi ummi dan waled diuji oleh Allah...Haziq mula2 batuk biasa je dari bulan 6. tak baik2 sampai bulan 7. nak dekat puasa Haziq dah mula semput..tercungap2...amik nebulizer kat klinik..sampai 9x amik, kitorg ulang alik g klinik 3x sehari pun tak baik. bulan 8, saya tak ingat brp hb. tp dlm diary mmg ade tulis brp hb. time tu awal bulan..Haziq teruk sgt nampak, so kitorang masukkan di ke hosp tawakkal...lps 3 hari ok, sihat. terus boleh balik rumah..cuti tak payah cakapla, semua dah abes. tinggal 2,3 hari je lg.

lps raya Haziq jadi balik, jadi kt kg time tu..saya mmg  tak paham kenapa jd balik athma dia??? masuk lg hospital..mujur time tu tgh cuti raya...masuk jumaat, ahad kuar..TAPI kali ni Haziq takde perubahan langsung, sama je..lagila saya risau..lpstu kami  decide pergi ke klinik wangsa kt wangsa maju..sbb saya tengok kt blog2 org ni yg anak dorg dah lega sejak dpt rawatan kt situ...suka sy nak mention nama doktor tu, Dr Nadir Khan...

teori Dr Nadir ni mmg lain, dia tak setuju ubat batuk kita bagi kat kanak2 bwh 6 tahun. ubat batuk hospital dan hospital pakar ni semua membekukan kahak anak kita. memang batuk dah lega lps makan ubat batuk tapi kahak masih berkumpul kat dalam tu. sebab tu Haziq lps kuar Hospital Taw***** haritu jadi balik. baru saya faham lepas Dr ni explain..

layanan Dr memang terbaik..hari pertama pergi 2 Sept, Dr bagi Haziq neb. masa neb tu pun dah muntah2. sebelum ni amik neb kat Klinik K*** kat sentul, mana pernah muntah. bila muntah tu lega skit, sebab selambak kahak dia kuar. Lps amik neb sedut kahak dia..memang banyak kahak dia. lps tu Dr bg ubt. mmg ubat Dr ada ubt batuk gak tp ubat Dr khas utk pesakit athma ni. tak sama cam ubt Hosp Taw***** bagi. Ubat batuk Dr Nadhir takde side effect yg boleh menyebabkan mengantuk.


amik neb, Dr letak Ventolin dgn garam.



tgh2 neb berenti muntah, keluar kahak byk..lps kuar kahak tu br kuar susu.
lps neb, Dr sedut kahak Haziq



dan Dr ajar buat tepuk2 kat rumah..utk tepuk2 tu korang leh refer sini.mommy's diary of life. tq for sharing ye.saya refer kat blog ni la time search pasal2 athma ni pastu jumpe blog ni..Dr cakap cara tu utk buat kahak dia loose skit sbb sblm ni kan dah beku, so senang dia batuk utk kuarkan kahak tu dgn muntah. anyway, ubat batuk yg Dr Nadir bg tu mmg utk galakkan batuk dan akan muntah lps tu..tp kahak Haziq ni consider yg still ok, xbyk cam org lain, so bila batuk, Haziq tak muntah.

9/9 -Ahad-2nd time pergi utk follow up..alhamdulillah, Haziq dah bartambah baik, ada lg skit2 kahak dia tp yg penting dia dah tak tercungap-cungap, nafas pendek sume dah takde..syukurnya Ya Allah. Allah saje yg tau, hepi gila dipertemukan oleh Allah dengan Dr Nadir..

itula dia, ni la Dr yg memang kita cari utk anak kita. bkn just bg ubat, kalau baik lega la Dr tu, leh cakap ubt dia mmg bagus. kalau tak baik2 gak, jwpn diorang cam biasa kita dgr la "takpe, nanti umur 5,6 tahun dia baik sendiri la.."memang la sbb time tu diorang dah pandai buang kahak dah..abes, tak kan kita sbg parents lena tidur mlm2 fikirkan anak kita semput camtu, sure susah hati..lamanya nak tunggu Haziq umur 5,6 tahun ye Dr???..Dr Hosp Taw***** tu mmg tak pakai otak cakap..org kedah ckp "akai ada ka???"

kalau camtu masuk hospital 3,4 kali pun tak lega tapi duit keluar cam air byr utk kos perubatan..
tapi supplement utk Haziq memang saya tak miss. saya bg dia vita C, Mealshakes dan Omega..mmg khas utk Athma, tapi supplement ni bkn ubat, lega dlm masa sehari dua. ubat doktor yg pakai Drug tu pun amik masa nak baik, ni kan pula tanpa drug. lagipun haritu Haziq ade amik antibiotik, tu yg buat supplement yg dia amik tu kurang berkesan. nak buat camne, dah admitted, cam gitula ubat dia. tak admit kang, bahaya kat dia. saya bg madu asli jugak utk pecahkan kahak Haziq..semua buat, belut buat sup bg makan..semua utk cepatkan athma cepat sembuh..alhamdulillah, sekarang saya dah boleh senyum lebar. SYUKUR Ya Allah. segala usaha  saya buat, semuanya utk Haziq, anak ummi yg soleh.

ok, ni alamat klinik Wangsa tu ye!!
Klinik Wangsa (Dr Nadir dan Rakan-rakan)
no 46, jalan 2A/27A
section 1, bandar wangsa maju
kuala lumpur
tel: 03-4142 1614

saya biasa pergi hari ahad - kul 9pg-1ptg je..

3 ulasan:

Unknown berkata...

kesian ank awk semoga cepat sembuh..ni nak jemput akak msk dlm http://kate-na.blogspot.com/2012/09/segmen-blogwalking-sambil-follow-1.html ..semoga merapat kan lagi persahabatan kita..terima kasih..

THE AUTHOR berkata...

Kak....saya dah buat entri pasal bisnis blog.
Boleh terjah

Tanpa Nama berkata...

Salam kak,

Saya nak tnya akak,klu blh saya tahu brp byran sekali treatment kat klinik wangsa tu?????mahal x??