Sabtu, 19 Mei 2012

DEMAM

Assalamualaikum WBT...

Ye, topik kali ini yelah demam..risau sangat kalau si kecil kita demam..kita pun tak lalu nak makan dibuatnye..banyak benda yg kita dah plan terpaksa cancel sebab nak bagi perhatian dekat diorg...tapi takpe, jangan risau sangat kalau kita tau macam mana nak handle..kena monitor suhu badan anak kita make sure jgn terlalu tinggi. bagi pengalaman saya sendiri, Haziq & Amni tak tahan duduk, maksudnya dia dah tak selesa suhu badan dia mencecah 38 darjah celcius..so saya cepat2 turunkan suhu tu, jaram kepala, lap2 badan dia sampai dia selesa dan tertidur..selalu suhu panas naik tinggi time pagi2 kul 1 sampai 4..kalau demam, ummi dgn walid mmg berjaga la jwbnya tapi takpe, demi anak tercinta..ku korbankan apa saja..:)))



Jom baca ni, petikan dari http://www.babycenter.com.my/malay/baby/demam/



Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau? 

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang. 

Kenapa kita selalu demam? 

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 



Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti denganselesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (sepertipneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari. 

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak? 

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 


Hope fakta ni dapat menambahkan knowledge ibu-ibu..dont stress..demam bukan penyakit..tapi walaupun bukan penyakit, kita tak sampai hati tengok anak kita suffer walaupun demam ni sebenarnya biasa, yela sape tak pernah demam, semua org akan rasa. anggapla ini semua dugaan dari Allah, dengan berfikiran camtu, kita akan lebih tenang melaluinya..

saya doakan ibu2 akan terus tabah dan cekal dalam membesarkan anak2.semoga anak2 kita sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah..Amiinnn.. 

Isnin, 7 Mei 2012

WOWWW!!!! BASIC H BAHAN PENCUCI SERBAGUNA~1001 KEGUNAAN

Assalamualaikum...hai..selamat pagi..orang lain sibuk tido, tapi saya sibuk mengupdate blog. alhamdulillah, anak-anak baru je pulih demam..Haziq dan Amni..bulan April yg lepas adalah bulan mencabar hati, minda dan fizikal saya dan suami dalam membesarkan si cilik dua orang ni..ya allah berikanlah kami kekuatan untuk terus sabar mendidik dan membesarkan mereka..

baru-baru ni lepas Haziq demam, timbul biji2 merah kat badan dia..kat badan, peha, betis pun ada..dah cek doktor, doktor kata Haziq kena jangkitan virus sebab demam haritu..dapat ubat sapu dgn ubat mkn..alhamdulillah tak serius..nampak je biji2 tu naik haritu, saya lapkan tempat yg ada biji2 tu dengan Larutan Magik saya, apa lagi kalau bukan Basic H..alhamdulillah, cepat kering pastu dalam 2x sapu dah nampak perubahan, esoknya dah hilang.maaf ye doktor, saya tak pakai ubat doktor bagi tu sebab Basic H saya ni lagi selamat, tanpa toksik, tanpa gas beracun tanpa bahan kimia, tanpa bahan pewangi, tanpa klorin dan PH seimbang..saya lap sbb waktu mandi dah terlepas..time mandi tak teringat nak larutkan dlm air bagi dia mandi..takpe, lap pun boleh..nak snap gambar pun tak nampak sgt biji2 tu dlm gambar..

cakap pasal bab demam2 ni kan, basic H ni sangat sesuai untuk menurunkan suhu. kalau anak kita demam, just titikkan 2/3 titik Basic H ni dalam larutan air..jgnla byk sgt air tu..cukup utk jelum kepala diorg je..jelum tu sambil baca fatihah, selawat syifa' ayat 21-24 surah al -Hasyr..dan doa utk hilangkan demam panas..nanti saya share ye doa demam panas tu di entry specific utk merawat demam..



baru-baru ni juga kain sembahyang saya terkena darah..saya guna Basic H la jugak utk hilangkan darah tu..darah kan najis..kalau basuh ala kadar je mana boleh nanti tak sah sembahyang..memang dengan izin allah, sekejap je hilang. saya titikkan 1 titik je..Basic H ni kepekatan berganda..guna sikit je dah hilang kotor.kalau guna sabun biasa ada lagi sisa2 dia..memang tak was-was, clear darah tu...

bukan tu je, kete saya pun saya gunakan Basic H ni..haritu park kete bwh pokok mempelam (mangga)..apa lagi getah dia pun menitikla dekat cermin kete dgn body...lama gakla biar getah tu kering, lpstu baru teringat yg saya ade Basic H..bila sapu memang jenuh skitla nak nyental..kalau kena getah tu sehari dua pastu cuci dia dgn Basic H mesti tak penat..ini dah dekat sebulan lebih, mau tak penat nyental tp alhamdulillah, keluar gak...

kalau nak cite kegunaan Basic H ni mmg sampai minggu depan pun tak habis..nantikan table saya..akan listkan kegunaan Basic H ni secara detail..eh ada satu lagi, saya suka sgt cuci botol susu haziq dan amni dgn Basic H. takde bau2 asyemmm susu tinggal kat botol..

okla..lastly lebiu basic H..

Basic H ni kandungannya 473ML=16 oz.. setahun pakai pun tak habis..harga dia sangat berbaloi..kalau anda obses sgt dgn Basic H ni, mungkin setengah tahun tahan..apa pun terpulang kepada penggunaan masing-masing..lain org lain keperluan dan kehendaknya..

Berminat? boleh hubungi saya di 012-6618052 atau PM saya di FB Siti Rahmah Ibrahim atau email to nuramni@yahoo.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*